Monday, July 15, 2013

RESEPI BANANA CHEESE

SAYA MULA2 TERPIKAT DENGAN BANANA CHEESE KETIKA BELAJAR DI SARAWAK TAHUN LEPAS.. ORANG KATA DI SARAWAK SAHAJA ADA BANANA CHEESE NI...BETUL KE???

APE PUN SY MEMG SUKA MKN BANANA CHEESE NI..KORANG NAK TRY BUAT SENDIRI DAN MERASAI BANANA CHEESE NI SILA LA APPLYKAN RESEPI INI....KLU XMENJADI BLH CUBA LAGI YA....TAPI RESEPI NI SO SIMPLE...SAPE PUN BOLEH POLAH BANANA CHEESE TOK...SELAMAT MENCUBA YA! 




BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng



BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter


CARA-CARA MEMBUATNYA;
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.


2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).


3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.



time nak hidang tu boleh juga tabur coklat rice bagi bertambah sedap BANANA CHEESE korang....hehe..selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment