Sunday, April 6, 2014

KEKACANG BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum semua pengunjung blog ni. dah lama rasanya tak update blog..rindu nak menulis something plak petang ni.hehe
ok lah, petang ni Liza nak share kan ilmu tentang Kekacang berkhasiat untuk ibu hamil..ada kawan bagitau saya, sangat bagus makan kacang2 semasa kehamilan ni...sebab nanti anak jadi cerdik...cerdiknye memang nampak lain kalau kita makan kacang time mengandung.. bukan kacang tanah ye, tapi kacang2 yang berkhasiat seperti badam, gajus, kacang cerdik ( pistachio) yang kulitnya keras tu, kurma, kismiss, delima...dan banyak lagi..
so, start bulan lepas saya tiap hari makan kacang ni..habis je beli lagi..pasti ade lah.hehe..

 
jom kita tengok sikit ape khasiat yang terdapat pada kekacang yang saya makan ni!

Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan kandungan proteinnya 20 kali lebih banyak berbanding bijirin yang lain.
 
Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.
 
Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu di dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.
 
Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju
 
Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
 
Badam mempunyai kandungan folat yang tinggi. Folat sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil. Selain itu kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.


Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
 
sekian, wassalam... saya memang suka makan kekacang ni..kurma, kismiss, buah tin, wajib ada di rumah saya..ibu-ibu mengandung, rajin2 lah makan kekacang dan buah-buahan yang berkhasiat yer... 


LOVE, 
LIZA
 
 



No comments:

Post a Comment