Friday, May 23, 2014

PETUA-PETUA

PETUA KEPADA YANG INGIN HAMIL : Benda yang perlu dijauhi jika ingin pantas hamil..BAIK UNTUK LELAKI MAHUPUN WANITA!

1. KAFEIN - salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan. MINUM LAH MINERAL COFFEE yang kandungan KAFEINnya cuma 3%..lebih bermanfaat untuk kesihatan dengan adanya ekstrak GARAM BULUH!

2. DADAH/ UBAT SINTETIK - Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma).

3. TOKSIN - Penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar boleh mengganggu kesuburan.

4. NIKOTIN - Nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda

5. ALKOHOL - Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi.

6. MANDIAN AIR PANAS - Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma.

7. PENCUCI INTIM WANITA - Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'

8. DIET - Diet ekstrem akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan

7. BERAT BADAN TIDAK IDEAL - Kajian menunjukkan 12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan.

8. TERLALU AKTIF SUKAN/ AKTIVITI FIZIKAL - Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.

9. SELUAR DALAM KETAT - Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.

No comments:

Post a Comment